
Anda datang ke sini kerana anda mahu
menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) kan? Ianya merupakan
perkhidmatan premier yang membantu kerajaan dalam merencana dan
melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai teras perkhidmatan awam negara,
pegawai-pegawai PTD telah mengisi kebanyakan jawatan-jawatan utama di
peringkat kementerian dan jabatan, syarikat milik kerajaan, pihak
berkuasa tempatan, dan badan-badan antarabangsa…….
Menyusur sejarah, skim Pegawai Tadbir dan Diplomatik lahir
sebagai kesinambungan daripada jentera pentadbiran negara semenjak
sebelum kemerdekaan. Ia bermula seawal tahun 1896, apabila perkhidmatan
yang dinamakan Straits Settlements and Federated Malay States Civil
Service telah diwujudkan oleh British untuk mentadbir Negeri-Negeri
Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Kemudian pada tahun 1920,
Malayan Civil Service telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh
pegawai-pegawai kolonial untuk mentadbir Tanah Melayu. Malayan Civil
Service (MCS) telah mengalami pelbagai transformasi sepanjang
penubuhannya. Pada tahun 1929, Malay Administrative Service telah
diwujudkan dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis
kepada MCS dan itulah sejarah Pegawai Tadbir Diplomatik.
Menjadi seorang Pegawai Tadbir dan
Diplomatik (PTD) bukan lah sesuatu yang mudah. Sebab itu ianya dianggap
sebagai satu kerjaya yang eksklusif dan berada pada kelas yang
tersendiri. Proses pemilihanya kalu dinilai merupakan satu proses yang
agak ketat dan sedikit sukar. Dalam proses penapisan sahaja, seseorang
yang mahu menjadi pegawai PTD harus melalui 3 peringkat ujian yang bekal
menguji kemahiran dan ilmu yang ada.
Pada peringkat umumnya, kelulusan anda
dinilai sama ada anda layak atau tidak untuk memohon menjadi Pegawai
Tadbir Diplomatik. Bagi yang tidak dipanggil untuk peperiksaan ptd,
mungkin ada masalah dengan kelulusan anda. Setelah layak untuk menduduki
ujian, anda perlu bersedia dengan maklumat yang secukupnya kerana ujian ptd
menuntut pemahaman dan kesedaran tentang maklumat penting. Dalam kata
lain, anda perlu peka dengan isu semasa dan banyak membaca itulah
persediaan utuh untuk menjawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik.
Setelah lulus ujian, anda akan
dihadapkan ke Assessement Centre untuk dinilai dengan lebih dekat. Hanya
mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan
dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment Centre (PAC).
PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian
terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan
kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir
Diplomatik
Setelah berjaya PAC anda akan di
temuduga oleh panel ptd untuk menentukan sama ada anda betul-betul layak
atau tidak menjadi seorang pegawai PTD. Interview PTD
tidak lah semudah yang disangka, tapi kalau anda cukup persediaan dan
keyakinan, kejayaan adalah milik anda dan ketika itu anda layak menjawat
jawatan keramat Pegawai Tadbir Diplomatik
0 Response to "Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) – Satu Pengenalan"
Post a Comment