Masukkan Email Anda Disini:

Random post

Bidang Tugas dan juga Peranan PTD


Antara soalan penting dan boleh dikatakan lazim dalam temuduga PTD ialah tentang Tugas-tugas Pegawai Tadbir Diplomatik. Secara ringkasnya, ada 8 bidang teras dalam PTD iaitu:

1. Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
2. Pengurusan Kewangan,
3. Keselamatan dan Pertahanan Negara,
4. Pengurusan Teknologi Maklumat,
5. Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
6. Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
7. Pengurusan Ekonomi dan
8. Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.

[ SEKIRANYA ANDA CALON EXAM PTD 3 NOVEMBER INI, KAMI AMAT CADANGKAN ANDA DAPATKAN SEGERA RUJUKAN LENGKAP EXAM PTD 2017 - KLIK SINI ]
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tugas PTD juga sebenarnya pelbagai. Secara mudahnya tugas PTD bergantung kepada di mana beliau ditempatkan. Jika di unit kewangan sesebuah jabatan atau kementerian, maka beliau akan mengendalikan urusan kewangan jabatan tersebut. Contohnya pembayaran gaji, pembelian aset jabatan, pembayaran projek dan sebagainya.

Begitu juga jika ditempatkan di unit perkhidmatan. Beliau akan mengendalikan urusan pengesahan perkhidmatan, pertukaran lantikan, pemberian taraf berpencen dan sebagainya. Lazimnya akan ada pembantu-pembantu tadbir yang akan membantu. Selepas itu PTD akan membuat semakan dan persetujuan.

Bagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang bertugas di unit antarabangsa atau di Kementerian Luar Negeri, maka mereka akan banyak berurusan dengan pelbagai negara dalam hal-hal seperti program menteri, konvensyen, seminar antarabangsa, lawatan dan macam-macam lagi.

Sungguhpun begitu, dengan semua perkara ini, maka banyaklah pengalaman dan pengetahuan yang mereka perolehi seperti pengurusan manusia, pengurusan kewangan, pengurusan masa dan daya kepimpinan secara praktikal.

------------------------------------------

[ SEKALI LAGI SEKIRANYA ANDA CALON EXAM PTD 3 NOVEMBER INI, KAMI AMAT CADANGKAN ANDA DAPATKAN SEGERA RUJUKAN LENGKAP EXAM PTD 2017 - KLIK SINI ]

REGARDS,
Admin

0 Response to "Bidang Tugas dan juga Peranan PTD"

Post a Comment